Halaman

Juliana Evans & Tengku S Adakan Majlis Resepsi Selepas Sambutan Hari Raya

Asha Lya | April 30, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum







Pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Juliana selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di Shah Alam, pagi tadi.







Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi tadi.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid bin Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Juliana ketika bercakap selepas majlis itu meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah ini berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," jelas Juliana yang akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.

Mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

GGV: Pakai Keranda Yang Baru Digunakan, Hijjaz Bau Kapur Barus

Asha Lya | April 26, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum





Kumpulan Hijjaz mendedahkan props keranda yang digunakan sewaktu menyampaikan lagu Selimut Putih di minggu ketiga Gema Gegar Vaganza (GGV) merupakan keranda sebenar yang digunakan untuk pengurusan jenazah.
"Sewaktu sesi latihan, kami hanya menggunakan kotak sebagai props. Namun begitu, tenaga produksi berjaya mendapatkan keranda sebenar untuk digunakan semasa persembahan kami di minggu ketiga GGV.
"Keranda itu masih lagi mempunyai bau kapur barus kerana keranda itu baru sahaja digunakan untuk menguruskan jenazah di siang hari.
"Tenaga produksi berjaya membawa keranda tersebut ke dewan persembahan beberapa jam sebelum GGV berlangsung," kata Ariffin mewakili Hijjaz.
Turut dianggotai oleh Munif, Isman dan Faizal, persembahan Hijjaz pada malam tersebut memikat hati juri yang meletakkan mereka di tangga pertama di konsert minggu ketiga GGV.
Hijjaz juga turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori irama terkesan atas persembahan mereka yang memukau.
"Alhamdulillah, kami sangat bersyukur. Setiap minggu kami cuba memberikan yang terbaik. Apabila diberikan tugasan, kami tidak memandang ringan perkara tersebut.
"Kami duduk berbincang dan tidak mengambil mudah walaupun ada yang berkata lagu Selimut Putih 'makanan' kami. Konsep persembahan tersebut datang selepas kami memerah idea," kata Isman pula.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

NOVEL TI AMO, SWEETHEART 100 HARI

Asha Lya | April 26, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum



TI AMO, SWEETHEART 100 HARI – SURI RYANA
No. ISBN:- 978-967-0874-52-4
Jumlah muka surat:- 624
HARGA SEMENANJUNG : RM24, AHLI KN : RM20
HARGA SABAH SARAWAK : RM27, AHLI KN : RM23
Sinopsis:-
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?
Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

Terima Kasih

Suka Tengok Rancangan Masakan

Asha Lya | April 25, 2017 | 6Komen | >
Assalaamualaikum



Salah satu rancangan  masakan kesukaan Lya 5 rencah 5 rasa, kita memang suka masak2 lagi2 kalau menunya mudah dan bahan2 senang nak cari.
Menunya kali ni memang sungguh menggoda jiwa dan raga. 
Memang gatal hati nak mencuba, nanti kita cari bahan2nya.







Jom masak hehe. Terima kasih sudi singgah sini


Terima Kasih

NOVEL B.F.E (BEST FATHER EVER)

Asha Lya | April 25, 2017 | 0Komen | >
Asalamualaikum


B.F.E (BEST FATHER EVER) – SHA IBRAHIM
No. ISBN:- 978-967-0874-51-7
Jumlah muka surat:- 624
HARGA SEMENANJUNG : RM23, AHLI KN : RM19
HARGA SABAH SARAWAK : RM26, AHLI KN : RM22
Selepas kematian isteri tercinta, hidup Zyne Aariz hanya tertumpu kepada Tiara Ameena, satu-satunya ‘harta’ yang ditinggalkan oleh arwah isteri buat dirinya. Tiaralah racun, Tiara jugalah penawarnya. Disebabkan jarak usia antara dia dan Tiara tidak begitu ketara, keakraban dan kemesraan mereka apabila berada di luar rumah sering kali disalahtafsirkan. Sekali pandang, tak nampak langsung seperti anak dan ayah. Tetapi… lebih kepada ‘skandal’!
Ini kisah ‘persahabatan’ antara seorang ayah dan anak perempuannya. Namun, kehidupan mereka dua beranak mula berubah dengan kehadiran Rania dan Fateh. Rania adalah wanita yang mula mendapat tempat di hati Zyne Aariz, manalah Fateh pula adalah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Tiara mengenal erti cinta. Namun, kali ini Zyne Aariz pula yang tidak merestuinya. Bagi Zyne Aariz, ‘melepaskan’ Tiara kepada lelaki itu adalah satu perkara yang sangat sukar!
Apakah kesudahan kisah dua beranak ini?
Adakah bahagia akan terus mengiringi kehidupan mereka sekeluarga?
Mampukah Zyne Aariz ‘melepaskan’ Tiara dan membiarkan anaknya itu mencari kebahagiaan yang diinginkan?
Berjayakah Fateh hadir di antara dua beranak ini?

“B.F.E? Best Friend Ever? Taklah! Best Father Ever!”

Terima Kasih

ISRAK & MIKRAJ : Sebuah Perjalanan Agung

Asha Lya | April 24, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum



Kredit: FB : Nur El-Hikmah




.
Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
.
(Surah Al-'Isrā' : 1)

Terima Kasih

#LoFattah Artis Top Top MeleTop 2017 & Keputusan Penuh AME 2017

Asha Lya | April 24, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum






Anugerah MeleTop Era 2017 telah pun melabuhkan tirainya pada malam semalam (Ahad) dan menyaksikan aktor Fattah Amin dan pengacara Neelofa diumumkan sebagai Artis Top Top MeleTop pada tahun ini.

Untuk kategori tersebut, Fattah Amin dan Neelofa masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10, 000 beserta trofi sumbangan astro.
Menerusi 19 kategori dipertadingkan, Fattah telah mengungguli tiga kategori iaitu Bintang Online MeleTop, Pelakon Popular MeleTop dan Fesyen MeleTop.
Selain itu drama yang menggandingkannya dan Neelofa, iaitu Suri Hari Mr. Pilot turut memenangi kategori Drama MeleTop.

Manakala pemenang setiap kategori memenangi wang tunai RM5, 000 dan trofi sumbangan Astro.

Di bawah Astro Gempak kongsikan keputusan penuh pemenang AME 2017:

Artis Top Top MeleTop Lelaki : Fattah Amin
Artis Top Top MeleTop Wanita : Neelofa

1) Artis Baharu MeleTop : Khai Bahar
2) Bintang Online MeleTop : Fattah Amin
3) Couple MeleTop: Akim & Stacy
4) Si Cilik MeleTop: Yusuf Iskandar
5) Program Radio MeleTop : JOHARA Pagi Era
6) Penyampai Radio MeleTop: Johan
7) Program MeleTop: Taste Selebriti – Episod Neelofa
8) Hos MeleTop: Neelofa – Taste Selebriti
9) Drama MeleTop: Suri Hati Mr. Pilot
10) Pelakon Popular MeleTop: Fattah Amin
11) Artis Lawak MeleTop: Johan
12) Grup/Duo MeleTop: Dato’ Siti Nur Haliza & Faizal Tahir
13) Penyanyi MeleTop: Siti Nordiana
14) Lagu MeleTop: Pencuri Hati-Ayda Jebat
15) Filem MeleTop: Munafik - Skop Production Sdn Bhd
16) Bintang Filem MeleTop: Fasha Sandha – Anak Mami Nasi kandaq
17) Fesyen MeleTop: Fattah Amin

Anugerah MeleTOP ERA 2016 dihoskan oleh Johan, Nabil Ahmad dan Neelofa bersiaran secara langsung di Stadium Melawati, Shah Alam menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Sumber: astro gempak


Terima Kasih

Lisa Surihani Lahir Anak Kedua, Yahaira Dah Jadi 'Kak Yong'!

Asha Lya | April 23, 2017 | 2Komen | >
Assalamualaikum







Pengarah dan komposer terkenal, Yusry Abdul Halim telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya di akaun Instagram kira-kira jam 9.50 pagi tadi (Ahad).

Menerusi entri tersebut, Yusry menyatakan rasa syukurnya dengan menulis: “Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah.”

Lisa Surihani melahirkan bayi lelakinya itu di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur pada jam 7.10 pagi dan berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu di ruangan komen, selain memberi ucapan kepada Lisa dan Yusry mereka turut mengucapkan tahniah kepada Yahaira kerana telah menjadi kakak. 

Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan anak pertama, Yahaira Leanne.

Sumber: astro gempak

Terima Kasih

MENCARI HILANG

Asha Lya | April 23, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum





MENCARI HILANG – HANNI RAMSUL
No. ISBN:- 978-967-0874-50-0
Jumlah muka surat:- 712
HARGA SEMENANJUNG : RM26, AHLI KN : RM22
HARGA SABAH SARAWAK: RM 29, AHLI KN : RM25
Sinopsis:-
Takdir meletakkan Farisha di tangan lelaki yang salah. Dia mengalah dengan hidup. Dia tewas. Putus asa dan menyerah. Kuatkah dia untuk bangkit berjuang? Gagahkah dia mencari bahagia yang seakan-akan mitos padanya? Farisha tidak berani lagi meletak harapan kepada sesiapa pun. Dia tidak percaya kepada sesiapa lagi. Baginya kesunyian dunia ciptaannya sudah cukup membuat dia bahagia.
Haziq lelaki yang bertanggungjawab membuat hidupnya gelap. Memisahkan dia dengan ibu tersayang juga meletakkan dia sebagai pesalah untuk dosa yang bukan dia pelakunya. Haziq menyesal. Mampukah Haziq mendapatkan kemaafannya?
Rayyan pula, pencinta hebat yang kononnya cintakan Farisha sepenuh hati. Namun, dengan sedikit ujian, Rayyan sudah melenting hebat. Rayyan menambah sakit di jiwa Farisha. Setelah menyesal, mungkinkah dia yang berjaya memberi sinar bahagia dalam hidup Farisha?
Atau, mungkin Zaheem. Lelaki yang sentiasa ada untuk membantu Farisha ketika wanita itu melalui jalan yang sukar dalam hidupnya. Zaheem lelaki baik yang sangat prihatin. Tetapi, Zaheem adalah suami orang. Barangkali tidak salah untuk dia menumpang bahagia Zaheem? Mampukah Zaheem menjadi penawar jiwa Farisah yang tenat?
Andai bukan mereka, mungkinkah Irman boleh kembalikan ‘hidup’ pada Farisha? Irman seorang pencinta dalam diam. Sentiasa mencintai Farisha dan menjadi pelindung Farisha tanpa wanita itu sedar. Dia tahu Farisha sedang menderita dan dia tidak akan tega melihat wanitanya terus menderita.

Berjayakah dia menjadi hero, selamatkan hati Farisha?

Terima Kasih

NOVEL KOMBO MEI 2017

Asha Lya | April 20, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum









Hai semua.. Nak tahu tak apa yang menarik untuk Kombo Mei 2017 ini? KN nak mengubat rindu anda kepada penulis kesayangan anda ni. Nak tahu siapa tak? Jom beli Kombo Mei 2017, confirm  tak menyesal lah.
KOMBO MEI 2017
  1. TI AMO, SWEETHEART 100 HARI – SURI RYANA
SEMENANJUNG : RM24
SABAH&SARAWAK : RM27
  1. B.F.E – SHA IBRAHIM
SEMENANJUNG : RM23
SABAH&SARAWAK : RM26
  1. MENCARI HILANG – HANNI RAMSUL
SEMENANJUNG : RM26
SABAH&SARAWAK : RM29
Teristimewa buat semua pembaca KN yang sangat setia menanti novel-novel terbaharu keluaran setiap bulan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu menyokong KN. Bulan Mei ini, bersempena dengan demam PBAKL 2017, istimewa kami bawakan anda novel-novel yang penuh dengan kisah-kisah cinta. Rugi jika tidak memiliki kombo kerana harga lebih jimat menanti anda. Penulis yang memang sudah tidak asing lagi dalam bidang penulisan iaitu Suri Ryana, Sha Ibrahim dan Hanni Ramsul. Siapa yang pernah membaca karya mereka pasti tak kan lepaskan peluang untuk dapatkan novel mereka kali ini. Yang mungkin juga merindukan dan menantikan novel mereka..Inilah peluang anda untuk dapatkan secara kombo dengan harga lebih jimat okay!
Suri Ryana menghadiahkan peminat setianya dengan Ti Amo, Sweetheart 100 Hari, Sha Ibrahim tampil dengan tajuk B.F.E. Apa tu B.F.E? kena beli novel ok J. Hanni Ramsul pula dengan novel beliau Mencari Hilang.  Dengar tajuk saja pun dah menarik kan? Jalan cerita semua novel-novel ni memang best sangat. Apa tunggu lagi, cepat-cepat order ya..
Jangan lupa dapatkan Kombo Mei 2017 ini!Pembelian dengan harga kombo yang sangat jimat ini hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Semoga terhibur dan selamat membaca!
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA!DAPATKAN SEKARANG!


Terima Kasih

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Asha Lya | April 19, 2017 | 16Komen | >
Assalamualaikum.


Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.



Copy dan klik banner untuk penyertaan


Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.




Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict


Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Terima Kasih

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Asha Lya | April 19, 2017 | 10Komen | >
Asalamualaikum



Jom ramai2 meriahkan segmen mudah sahabat kita ni.





Klik banner


Terima Kasih

Tudung Bawal Tak di Telan Zaman

Asha Lya | April 19, 2017 | 7Komen | >
Assalamualaikum



Antara jenis tudung yang mendapat tempat di hati Lya tudung bawal, selain shawl. 
Kali ni tambah lagi koleksi tudung bawal turki, sahabat Lya yang jual. Tudung bawal memang tak ditelan zaman, sentiasa mendapat tempat di hati peminat biarpun beribu jenis fesyen tudung ada di pasaran. 









Purple & terquoise jadi pilihan.
Lya suka tudung ni sebab materialnya jenis cotton, tidak panas dan mudah di bentuk dekat muka.






Banyak corak yang cantik2 
Antara pilihan yang ada, next ada stok baru lagi sampai. Nak tambah lagi ni buat pakai raya hihi.





Terima kasih sudi singgah sini.

Terima Kasih

Katakan TIDAK. Tiada Jalan Pintas Untuk Cantik, Produk Tiruan Bukan Penyelesaian!

Asha Lya | April 18, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Ada yang sanggup berhabis wang beribu ringgit untuk langsing, kulit putih mulus dan wajah tanpa kedutan.

Permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan ini menyebabkan lahirnya produk-produk tiruan berskala AAA kerana cara pembungkusan yang sama sehingga terlalu sukar untuk dibezakan.

Lebih menakutkan, produk-produk ini ada yang dijual lebih murah, terlalu banyak di pasaran dan mudah didapati!

Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kosmetik palsu serta beracun yang tidak didaftarkan ini. Antara bahan terlarang yang dijumpai terkandung dalam produk kosmetik palsu atau yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah merkuri, hidrokuinon, tretinoin, asid azelik dan steroid.

Kesannya? Wajah membengkak terutamanya di bahagian mata, bibir dan pipi, kulit menggelupas dalam masa kurang dua hari dan menjadi semakin menipis, kulit muka terbakar dan kesan jangka panjang pula boleh mengakibatkan kegagagalan ginjal, gangguan mental, parut kekal dan kanser kulit.

Hakikatnya, terdapat garis panduan tentang tuntutan produk kosmetik yang antara lain tidak mengelirukan pengguna dengan nama-nama tersirat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk bezakan produk asli yang selamat digunakan dengan produk berbahaya?

1) Hanya beli di premis yang disenaraikan atau laman web rasmi.
Jangan tertipu dengan tawaran harga murah sebaliknya pastikan produk dibeli di premis atau di website yang sah








2) Jenama diyakini.
Elakkan diri daripada membeli produk yang tidak diketahui siapa pengeluar atau pengedarnya, tiada kelulusan KKM dan dijual secara borong secara online.

Sebaiknya cuba oles sedikit pada tangan dan lihat tekstur dengan kesannya pada kulit. Jauhi produk yang menyebabkan kulit anda panas atau gatal serta menghasilkan tona warna tidak sekata.






3) Perhatikan kemasan.
Ada produk kosmetik tiruan yang kelihatan sama saling tak tumpah dengan yang asli. Satu cara untuk memastikannya adalah dengan membandingkannya dengan kemasan asli.

Rujuk laman web rasmi untuk memastikan warna, saiz, kedudukan serta jenis tulisan dan cara pembungkusannya.

4) Perhatikan bau dan bahan yang digunakan.
Tiada bau luar biasa atau menyengat dan penting untuk melihat kandungan bahannya bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri dan hidrokuinon.

5) Usah terpedaya dengan janji palsu.
Antara janji-janji palsu yang berbahaya kepada pungguna termasuklah kesan kesan segera produk memutihkan kulit yang dikhuatiri mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Kesan pelangsingan segera, menganjalkan kulit atau memuluskan kulit secara kekal.

6) Paling mudah, periksa dengan pihak bertanggungjawab.
Anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik atau aduan kesan sampingan kepada kosmetik@npra.gov.my atau hubungi talian 03-7883 5400. Buat anda yang masih ragu-ragu atau kabur tentang kesahihan sesuatu produk kosmetik, layari www.myhealth.gov.my/kenali-kosmetik-anda untuk informasi lanjut






Sambil-sambil anda menilai produk kosmetik yang digunakan, uji sejauh mana anda mengetahui tentang ilmu kesihatan di www.myhealth.gov.my untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Kredit foto: Shutterstock, images.fashiontimes.com

Sumber: astro gempak






Terima Kasih

Sebahagian Tempahan Raya

Asha Lya | April 17, 2017 | 6Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah rezki untuk si tukang jahit. Raya ada 2 bulan lagi tapi seawal bulan Januari lagi ramai suda pelanggan tetap menghantar kain buat baju raya. Ada lagi bebarapa orang yang book belum hantar kainya. Tempahan raya memang saya suda tutup,  tahun ni Lya kurangkan sikit kuota jahitan. Nak banyakan berehat bulan puasa kali ni. 



Part 1 sebahagian kain yang suda siap di potong, ada lagi part 2 menanti. Rezki jangan di tolak kan, ni pun dah banyak yang Lya tolak sebab takut tak mampu nak siapkan. Sibuk siapkan baju orang, baju sendiri nanti tak tersiap. Itula delema si tukang jahit.



Part 1


Terima kasih sudi singgah sini

Terima Kasih

Mini Giveaway By Wawa

Asha Lya | April 15, 2017 | 5Komen | >
Assalamualaikum


Jom join segmen mudah ini.




Klik banner


Terima Kasih

GUY NEXT DOOR

Asha Lya | April 15, 2017 | 0Komen | >
Assalamualaikum





GUY NEXT DOOR
HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17HARGA SABAH/SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20

Sinopsis:-

Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.

Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.

“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”

www.kakinovel.my

Terima Kasih

BETAPA ADILNYA ALLAH

Asha Lya | April 14, 2017 | 3Komen | >
Assalamualaikum


 

Kredit ana muslim



Ramai wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita, lihat saja aturan-aturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
9. dan lain-lain.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga kehormatannya.

6.Seorang lelaki wajib berjihad di jalan ALLAH, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan ALLAH tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah… ! Demikian sayangnya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kepada wanita.

Wahai wanita, syukurilah semua keistimewaanmu.

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti ALLAH Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi manusia.

Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat untuk semua. 😊
- Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari -

Terima Kasih

5 Wanita Islam Terkaya Di Dunia

Asha Lya | April 12, 2017 | 4Komen | >
Assalamualaikum






Bergelar wanita paling berpengaruh di dunia merupakan salah satu cabaran besar yang perlu dipikul individu-individu hebat ini.
 
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit.
 
Berikut kami senaraikan lima wanita muslim terkaya dan cantik di dunia:






1. Sheikha Mozah, Qatar.
Merupakan isteri kedua kepada  bekas pemerintah Qatar, Syekh Hamad bin Khalifa Al Thani. Jumlah aset yang dimiliki oleh wanita ini bersama suaminya itu dianggarkan sebanyak RM389 billion. Qatar merupakan negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli terluas selain negara dengan pendapatan tertinggi di dunia.





2. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi.
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia.  Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum.






3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei.
Anak kepada Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997. Sultan Brunei juga memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Sultan Brunei membelanjakan jutaan ringgit pada perkahwinan anak perempuannya itu.





4. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia.
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya naum terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.







5. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani, Qatar.
Sheikha Hanadi bukanlah kerabat diraja, tetapi beliau merupakan seorang usahawan bagi sebuah syarikat pembangunan bandar di Qatar. Anggaran nilai aset yang dimiliki beliau adalah lebih kurang RM60 billion.


Sumber : Says.com, Taikotai.tv
Olahan : Izzat Ridzwan
Kredit: astro gempak





Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign