Halaman

Petua Dan Kesihatan

Asha Lya | Februari 09, 2017 | 1Komen | >
Assalamualaikum






💊 SedikitTip Perubatan 💊




1.Terkena sengatan Sembilang atau pari

   a) Ambil biji asam jawa , belah dua. Lekapkan bahagian isi putihnya ditempat kena sengat. (Sudah diuji dan berkesan ).

    b).Titikkan cuka ditempat kena sengatan . (Belum diuji ).
    c) Ambil belerang mancis beberapa batang, letakkan ditempat kena sengat dan bakar.


2. Sengatan obor-obor perang/merah.
    Titikkan cuka ditempat terkena sengatan.(Sudah diuji dan berkesan )
3.Sengatan tebuan atau lebah


   a)Spray ridsect ditempat kena sengat. (sudah diuji dan berkesan). 
   b) letakkan susu pekat ditempat kena sengat (sudah diuji-boleh mengurangkan kesakitan ).


4.Mengehentikan pendarahan luka.

   a) kunyah pucuk pisang dan tampal pada luka yang berdarah.

   b)Kunyah pucuk berembang dan tampal pada luka yang berdarah.

    c)Hancurkan daun pokok selaput tunggul dan tampalkan pada luka.
5.Selsema berhingus.


   Sapukan minyak masak pada ubun ubun. (sudah diuji dan terbukti berkesan ).
6.Sakit Tekak.

    a) Rendamkan buah kembang semangkuk dan gula batu hingga kembang. Biarkan semalam. Makan isi buah kembang semangkuk (macam agar agar ) dan kuahnya sekali. (sudah diuji dan berkesan ).

    b) Minum beberapa sudu kicap pekat beberapa kali sehari.


7.Sakit kepala.

   a)Ambil kira kira 10 biji limau kasturi, belah dan perahkan airnya pada kepala . Biakan sejamatau 2 jam . lepas tu mandi dan basuh kepala semula. (sudah diuji dan berkesan ).

    b) Ambil sedikit pucuk pokok sena, blend dengan air , basuh kepala macam shampoo . biarkan sejamatau 2 jam , lepas tu mandi dan bersihkan semula.(sudah diuji dan berkesan ).


8.Penglihatan kurang jelas atau kabur.

   a) Titikkansatu titik air perahan limau nipis ke dalam mata

   b) ambir 2 helai daun sirih, racik dan gaul dalam air di dalam mangkuk. Rendamkan mata dalam mangkuk sambil buka mata..


9.Sakit Gigi.

    Ambil beberapa biji bunga chengkih, hancurkan, balut dengankain nipis kecil, letakkan pada gigi yang sakit . (sudah diuji dan terbukti berkesan ).


10.Demam
     Ambil beberapa pokok dokong anak atau pokok ragu ragu(sirih cina ), ramas ramas dalam air . sapukan air tu pada keseluruhan kepala. (Sudah diuji dan berkesan 


11.Buasir.
     Ambil biji betik (keseluruhan dari sebiji betik ) . Rebus denganair hingga airnya tinggal separuh. Minum airnya setengah cawan. Buat beberapa kali dalam sehari . Teruskan minum untuk beberapa hari. (sudah diuji terbukti berkesan ).


12. Mata terpercik chili ketika tumbuk sambal
      Makan secubit garam (terbukti berkesan ).


13.Sengatan lipan dan kala jengkeng.
      Juga boleh gunakan biji asam jawa dibelah dua, tampal pada tempat kena sngtn.

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. thanks sharing petua ni lya...banyak manfaat untuk pembaca..

    BalasPadam

...Terima Kasih Komen Ikhlas Anda...
...Komen Anda Semua Sangat Dihargai...
....Kalau sudi jemput la datang selalu...

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign