Halaman

Longgokan Kain

Asha Lya | September 30, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum



Hari nie suda masuk Rabu, uishhh makin cepat pulak masa nie berlalu taw. Banyak benda nak kena buat. Persediaan nak sambut family day tinggal 2 bulan lagi. Satu apa pun Lya belum da prepare lagi. Lupakan seketika fokus pada jahitan.






Longgokkan kain minta di jahit.
Alhamdulillah murah rezki, syukur.
Upah Lya minta tak adalah mahal mana, lebih murah dari jahit di kedai. 
Kalau ada yang sudi nak minta jait pun boleh, insyallah. Lya orang baru dalam dunia jaitan kalau ada silap salah tu normallah kan. Sedikit demi sedikit lya perbaiki..Ok sekian



Wassalam

Terima Kasih

Menu Tradisi Sabah Ambuyat Dari Tepung Sagu

Asha Lya | September 29, 2015 | 17Komen | >
Assalamualaikum


Ambuyat makanan tradidi di buat dari tepung sagu salah satu menu orang Sabah. Sekali sekala pekena ambuyat, makan ramai2 memang sedapp. 








Ambuyat boleh di makan dengan pelbagai masakan. Kali ni kitaorang makan cicah dengan kari ayam dan sayur kangkung masak belacan. Kenyang macam makan nasi.



Ada juga orang Sabah yang tak makan ambuyat ni, sesekali bolehla layan. Kalau hari2 boleh muak juga hhahaha.
Ok byee.




Wassalam




Terima Kasih

Program Kursus Jahitan Tudung Di Utusan Borneo

Asha Lya | September 28, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Hiiii...ada yang masih mengingatiku tak hahaha. Lamanya tak bersiaran, 
kesibukan ke sana sini. Nak update cerita raya pun tak menyempat lagi.
Raya Lya biasa2 ja. Nie pun baru sampai ke rumah semalam, penat pun tak hilang lagi.





Cerita last week, program yang lya join ari tu da masuk 
kat news utusan Borneo. Cer cari mana satu gambar lya.
Sekarang ni pun lya da terima tempahan buat tudung macam Shawl. 
Alhamdulillah semua tu rezeki dari Allah. 
Kita usaha mana yang mampu, rezeki ada di mana2 kan Insyallah dengan izinNya.




Wassalam

Terima Kasih

Rezki Hadiah Dari Butik Mardhiyah Hijab

Asha Lya | September 23, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum



Cerita seminggu yang lepas. Rezeki yang tak Lya duga. Masa majlis penutupan kursus jahitan tudung anjuran Institut Nuvis Sabah dengan kerjasama dari SEDIA.






Dapat hadiah sehelai tudung dari Butik Mardhiyah Hijab. Sijil kursus pun kitaorang dapat, Alhamdulillah. Lya jadikan inspirasi untuk cipta tudung buatan sendiri, jenama sendiri Insyallah. 



" Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha" buat semua rakan alam maya.



Wassalam


Terima Kasih

Kelas Iqra' Dan Tahsin Al-Quran

Asha Lya | September 22, 2015 | 10Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi ruang dan kesempatan bersiaran lagi di pagi selasa ini. Bermula minggu yang lepas lagi kelas Iqra' dan tahsin Al-Quran suda di jalankan bertempat di rumah kediaman Tuan Hj.Razman selaku pembimbing kelas ini.




Masa sesi taklimat dan pendaftaran
Yuran sebulan hanya Rm40, belajar 2 kali seminggu. Maknanya dalam sebulan ada 8 kali pergi ke kelas.






Sesi pembelajaran bermula. Lya ulang semula bacaan Al-Quran dari awal. Biarpun suda khatam, Lya nak mula juga baca dari awal. Biar lebih lancar bacaan dan dapat perbetulkan kesalahan dalam bacaan. 


Elok dengan adanya kelas macam ni. Sekurangnya masa hujung minggu tu terisi dengan perkara yang berfaedah. Percaya tidak kalau di rumah belum tentu kita dapat luangkan membaca Al-Quran dengan tenang. Pasti ada ja gangguan dan halangan kan. Syaitan tu sentiasa hasut yang bukan2. Uishh



Semoga kita semua di beri Hidayah olehNya. Insyallah, niat Lya satu ja nak belajar dan terus belajar.



Wassalam

Terima Kasih

Bermulanya Tugas Menjahit

Asha Lya | September 21, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhari isnin semua. Hari ni start menjahit semula. Beberapa minggu cuti balik kampung, rindu nak pegang mesin. Nak siapkan baju tempahan dari member. Adalah sikit, alhamdulillah rezki Allah.







Ginila kalau suda pegang title si Tailor.
Mungkin rezkiku di sini kan. Insyallah




Wassalam

Terima Kasih

" BROOCH Mini Giveaway"

Asha Lya | September 20, 2015 | 8Komen | >
Assalamualaikum



Selamat petang semua. Santai di rumah aja petang2 gini. Sempat merempit blogwalking ke blog sahabat, banyak lagi yang tak sempat singgah nie.


 


Ada segment mudah dari Blogger Syamimie. 



Wassalam

Terima Kasih

Hasil Kebun - Kacang Botor

Asha Lya | September 20, 2015 | 15Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu. Selamat bekerja bagi yang bekerja ari ni. Jangan bad mood. Lya macam biasala hujung minggu ni bersihkan luar dalam rumah. 



Lawat kebun di tepi umah. Kacang botor yang mak mentua tanam dah menampakkan hasilnya. 






Inila dia kacang botor @ sayur bintang2
Sedap di buat ulam cicah dengan belacan. Ini sayur yang masih muda. Ada juga rezki kan alhamdulillah. Kalau beli kat pasar mawnya seikat 2 hinggit huhu. Ok bye



Wassalam

Terima Kasih

Syukur

Asha Lya | September 18, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat. Beberapa hari Lya tak online, lupa kan sekejap dunia alam Maya. Alhamdulillah Lya dah selamat balik ke rumah di Kinabatangan.







Syukur alhamdulillah dengan segala nikmatnya.



Wassalam

Terima Kasih

Biawak Membaham Ayam

Asha Lya | September 15, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Kalau waktu hujan turun, masa itula sang biawak yang kelaparan mencari mangsa. Yang jadi mangsa si ibu ayam. 
Habis di sapunya sekali dengan telur2nya sekali. 






Nampak tak sang biawak dekat pokok kelapa tu. Gayanya sebijik macam sang buaya. Kena selalu berhati2, bahaya juga sang biawak ni kalau suda mengganas.




Wassalam

Terima Kasih

Ubi Kayu Rebus + Goreng

Asha Lya | September 14, 2015 | 18Komen | >
Assalamualaikum



Selamat berhari isnin dan selamat menjalani rutin seharian. Gini la kalau kat kampung banyak hasil dari kebun boleh di makan.






Ubi kayu yang di rebus kemudian di goreng. Sesekali makan macam ni memang sedap. Macam2 resepi boleh di buat dengan menggunakan ubi kayu, boleh buat bingka ubi,kerepek ubi,kuih talam ubi. Kat sini jerebu da makin berkurangan mungkin sebab hujan. Harap2 cuaca baik la macam sediakala.



Al-Fatihah buat mangsa di Tanah Suci yang terlibat kejadian yang tidak di sangka. Semua ini kekuasaan dari Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Walluallam



Wassalam

Terima Kasih

Reward Sepasang Sandel Untuk Diri

Asha Lya | September 12, 2015 | 15Komen | >
Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua. Sekali sekala shopping Untuk diri. Ku hadiahkan sepasang sandel. 
Lya suka sandel ala2 selipar "jepun" macam ni, lebih selesa di kaki.






Saiz 39. Besarkan kaki Lya hhehe.
Nanti Lya dtg bw sahabat.


Wassalam



Terima Kasih

Durian Merah

Asha Lya | September 10, 2015 | 16Komen | >
Assalamualaikum



Ada yang pernah makan durian merah tak? Kalau orang Sabah mesti ada kan... Ini durian kat kampung Lya di Beaufort. Sekarang kan musimnya jadi belambakla di pasaran. Ada sesetengah orang panggil ni durian dalit, durian otak udang. Macam2 sja hhaha.





Durinya kecik2, kulitnya tak berat jika di banding dengan durian putih.




Isinya merah ranum. Isinya lemak2 manis dan kurang baw berbanding durian putih bawnya sekampung boleh terhidu. Kalau kat area Kinabatangan biasa diorang buat tempoyak tapi Lya memang tak reti makan. Lya makan macam ni ja. Sekian




Wassalam

Terima Kasih

Muzik Box Mesin Jahit

Asha Lya | September 09, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum


Hari tu Lya jenjalan kat satu kedai area Putatan. Niat maw cari barang, lalu dekat barang2 hiasan tetiba ternampak hiasan mesin jahit yang comel ni. 
Sekali muzik box la.





Comel kan, kita suka. Putar2 rodanya ada muzik berbunyi. Ini saiz besar.






Ini saiz kecil 



Harganya tak da la mahal sangat bawah 50 hinggit.
Niat memang nak beli la nanti, comel. Husband tolong hadiahkan satu hhaha.
Ok bye



Wassalam

Terima Kasih

MINI GIVEAWAY BY IMPIANA CIK YANIE 2015

Asha Lya | September 08, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Ada waktu kelapangan sikit. Nak join segment mudah dari kenalan baru dari Sabah. Syarat pun mudah, jom.


Klik banner



Wassalam

Terima Kasih

Kursus Jahitan Tudung Anjuran Nuvis Sabah

Asha Lya | September 08, 2015 | 13Komen | >
Assalamualaikum

Kursus membuat tudung yang di anjurkan oleh Nuvis Sabah bermula dari 7hb hingga 12hb. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dapatla timba ilmu serba sedikit. 





Semua peralatan disediakan


Kursus ni percuma. Semua ditanggung termasuk makan, minum, tempat tinggal, peralatan.




Sehelai tudung Magic yang suda siap



Ada lagi beberapa patern tudung yang akan diorang ajar. Lepas ni boleh la buat tudung sendiri. Buat cantik2 nanti boleh jual kan hhehe.



Wassalam


Terima Kasih

Makanan Tambahan ESP Shaklee

Asha Lya | September 07, 2015 | 8Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhari isnin. Hari ni Lya da program kat kk seminggu. Hope semuanya di permudahkan, Insyallah.





Lya baru seminggu start ambik ESP ni sebagai makanan tambahan. Ramai pengguna kata ESP ni elok so nak tryla. Harga biasa klau tak silap Rm159, kebetulan ari tu da offer Rm60 ja. So apa lagi rembatla beli.




Antara kebaikaan ESP : shaklee



1. ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut, mengatasi masalah gastrik.
2. ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%
60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang
3. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung
4. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung
5. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki
6. ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
7. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
8. Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan
9. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus
10. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%
11. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda
12. ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda Protein 13. ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
14. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
15. ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
16. ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Asha Lya | September 06, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum


Da lama tak join segmen sahabat Blogger. Maklumla on9 pun guna hf ja memang susah sikit. Da la line lembab semacam hhaha.


Klik banner


Wassalam

Terima Kasih

Cempedak Goreng Yang Lembut

Asha Lya | September 05, 2015 | 9Komen | >
Assalamualaikum



Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua. Cuaca kat sini tengah hujan. Sejuk nyaman ja rasa. 
Santai2 kat umah sambil pekena cempedak goreng.






Isinya yang tebal, cempedak tanaman arwah bapa, memang terbaik.
Cempedak goreng yang lembut rasanya manis. Jom minum petang



Wassalam





Terima Kasih

Menu Malam Daging Masak Rendang

Asha Lya | September 04, 2015 | 12Komen | >
Assalamualaikum

Hii selamat malam semua. Suda makan malam ka. Lya tadi lagi jam 7 da makan. Perut da terbiasa makan awal tapi kekadang tu pandai terbabas juga lewat makan. Yang pasti bukan selalu la. 





Rendang daging



Menu hari raya, selalunya la kan. Tapi suda maw makan, masak ja la takkan nak tunggu raya plak hhaha. Ini buat pertama kalinya Lya try masak rendang daging. Alhamdulillah menjadi juga, mak kata sedap. Maknanya memang sedapla tu kan hihi..ayat penyedap hati. 



Kak Diana nah menjadi suda rendang Lya tapi mungkin tak boleh tanding dengan rendang akak la lagi sedap hihi.
Sekian




Wassalam

Terima Kasih

Iman

Asha Lya | September 04, 2015 | 7Komen | >
Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Bertemu lagi di pagi Jumaat yang indah minggu pertama di bukan September. Pagi ni sejuk ja tengok cuaca pun cerah.




Number fb



Sekadar titipan pagi Jumaat
Aamin



Wassalam

Terima Kasih

Hf Nostalgia

Asha Lya | September 03, 2015 | 11Komen | >
Assalamualaikum



Hiii..morning semua. Ni hah nak tunjuk hf zaman kita kecik2 dulu. Model 3310 ni Lya pernah guna sekitar tahun 2004. Hf pertama Lya, teruja betul bab baru first time ada hf sendiri kan. Klau tak silap  Lya guna simkad celcom sbb waktu tu line celcom ja yang kuat line kat kg.






Ini bukan hf Lya tapi hf orang jual kat kedai di Pekan Beaufort. Uishhh masih mahal lagi tu. Tapi diakui hf Nokia dulu2 memang tahan lasak kan. Sekian



Wassalam

Terima Kasih

Top Komen Mei - Ogos 2015

Asha Lya | September 02, 2015 | 15Komen | >
Assalamualaikum

Alhamdulillah walau hanya blog cipisan masih ada yang sudi singgah baca entri Lya. Terima masih banyak2 semua. Tak tahu nak kata apa lagi,syukur sangat masih da teman d blog.


Lya buat random 4 bulan sekali. Sebagai penghargaan yang tersenarai Lya da masukkan dalam bloglist selamat 4 bukan beturut.
Bagi yang tak trsenarai, rajin2 la singgah cne hhehe. Apa pun semua memang baik2.



Wassalam

Terima Kasih

Shopping Kain Ela

Asha Lya | September 01, 2015 | 14Komen | >
Assalamualaikum


Hii..suda masuk bulan September. Uishh cepat betul. Tak lama lagi nak Raya korban pulak. Raya ni Insyallah Lya kat Beaufort. Sekarang ni pun masih stay kat Kampung sebab next week Lya da program kat kk. Malas maw Ulang alik Kk-Kinabatangan. Husband suda balik tinggallah sy di sini huhu. Ehh panjang pulak bermukadimah.





Salah satu kain flanell yang Lya beli di kamdar



Last week pi jenjalan kat 1B. Memang niat maw cari kain ela. Memula pigi jakel dulu, tengok kain2nya. Memang banyak yang cantik2 tapi nengok harganya boleh tercabut jantung hati sekali dibuatnya. Beli jugala tapi cari yang harga berpatutan ja n brkenan di mata.



Sekali pigi ke kamdar plak rambang mata juling dibuatnya. Banyaknya kain, harga pun berpatutan. Tengok pada jenis kainnya. Macam maw borong saja banyak2. Rabak poket dibuatnya. Sebenarnya Lya beli2 ni kain da sebabnya. Untuk apa adalah hhehe.sekian



Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign