Halaman

Tengah Malam Layan Blog

Asha Lya | November 30, 2014 | 17Komen | >


Terjaga dari tidur yang Lena.
Mata segar tak dapat nak lelap semula.
En.suami ada duty malam ni. Tinggal la keseorangan.
Ambik hf buka blog, jalan bw mana yang tak sempat di singgah.



Pernah terjadi ke kat korang.
Tengah2 malam layan blog hhaha.
Waktu entri di taip jam menunjukkan pukul 1:13am..wahh waktu orang Lena di ulit mimpi indah.



Layan blog arrr


Wassalam

Terima Kasih

BerSwimming Pool

Asha Lya | November 29, 2014 | 21Komen | >
 
Assalamualaikum
 

  Hanya dibuka pada hujung minggu.
Swimming pool yang terletak di dalam kawasan Navy Daerah Semporna.
Berdekatan dengan kawasan perairan daerah Semporna. 


 

  Pintu masuk utama.
Masuk sini kena daftar dan wajib ada mycard, my kids or surat lahir.

 


Tak sah la kalau tak selfie wefie kan kan. Kolam belah kiri tak dalam cuma paras dada. Kolam belah kanan sangat dalam. Kolam untuk kanak2 pun ada juga. Sekali sekala bolehla lepaskan giant berenang2 hhaha. 



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Asha Lya | November 28, 2014 | 29Komen | >


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Mohd Faizal (suami)

Umur pengguna? 27 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki)

Jenis kulit? (Berminyak)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya amat memerlukan produk EPHYRA SKIN BAR ini kerana kulit muka saya agak berminyak dan kering dengan situasi tempat kerja saya yang terlalu terdedah dengan habuk dan sinaran matahari. Kekadang keadaan tersebut juga menyebabkan muka saya tumbuh jerawat. Selain itu saya juga berusaha nak hilangkan bekas parut jerawat lama yang sukar nak di hapuskan.

Oleh yang demikian saya ingin sangat  mencuba produk keluaran dari Ephyra ini. Dengan keberkesanan testimoni dari pengguna dan kandungan yang terdapat dalam EPHYRA SKIN BAR mungkin dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi sekarang. 

Pengguna Ephyra? (Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Terima Kasih

Bila Ke Laut

Asha Lya | November 28, 2014 | 16Komen | >
 
Assalamualaikum
 
 
Bercanda di persisiran laut.
Hhaha boleh plak kan.
Cerita minggu lepas, ke laut lagi kita.
Buang boring katanya.. Jom ke laut
 
 
 
Bila waktu pagi air laut cetek sangat
Kelihatan batu2 karang.




En.suami dah jauh ke depan di tengah2 laut. Sikit lagi nak sampai ke pulau.
Air memang cetek sangat.






Bagaikan diri ku tapak sulaiman.
Hhaha ni hasil tangkapan kami
Yang warna oren jenis yang beracun.
Yang warna biru tu tak beracun.
Teruja nampak secara dekat.



Siap enteprem ko hhaha



Penat berjalan di lautan,
Tekak haus jom cari air kelapa.
En.suami kat atas



Enterprem harus ada dengan buah kelapa



Dapat juga merasai hasil bumi.
Kelapa fresh..sekian cerita hujung minggu.


Wassalam

Terima Kasih

Part 2: Menjahit Tepi Dan Proses Menyantum

Asha Lya | November 26, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum



Holla macam dah lama sangat lya tak update dan jenguk blog. Hai rindunya, da masalah skit yang harus diselesaikan.



Berbalik pada tajuk.
Ok sambung semula part 2. Bila kain dah siap potong kenala di cantumkan baru boleh jadi sehelai baju.
 
 
 
  Jahit tepi (pertama kali guna mesin ni)
Bila dah try ehhh senang plak guna mesin ni. Ingatkan susah kihkih
 
 

Mula menjahit nyantumkan mereka :))
Tunggu hasilnya yang tak seberapa hihi

Wassalam

Terima Kasih

Bunga

Asha Lya | November 22, 2014 | 26Komen | >
Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu semua.
Lya ni bukanla peminat bunga sangat.
Tapi bila lya pandang bunga hidup hijau subur dan cantik rasa tenang je bila pandang. Ada daya tarikan tersendiri. Itu bagi pendapat Lya la.





Bunga ros, Bunga kertas




Ini semua hasil tanaman MIL.
Hobinya. 


Wassalam


Terima Kasih

Segmen Saya Nak Template Blog oust

Asha Lya | November 22, 2014 | 14Komen | >
~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' kerana ia dapat mencantikkan , mempercepatkan "loading" dan menyerikan lagi blog Lya. Di samping itu dapat menarik pengunjung selalu bertandang ke blog Lya.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

Terima Kasih

Ohh Bulan

Asha Lya | November 21, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum



Salam Jumaat penuh barakah



Sumber Facebook


Wassalam

Terima Kasih

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

Asha Lya | November 21, 2014 | 8Komen | >
GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.



Terima Kasih

Bukan Sombong

Asha Lya | November 20, 2014 | 15Komen | >


Semenjak dua menjak ni Lya dah jarang join segment dari rakan blogger.
Bukan Lya sombong taw..tidak sama sekali. Bukan begitu.


Masalahnya internet Lya agak terhad, on9 pun hanya guna Hf, line kekadang kat bahagian kg sini nie tak berapa nak ok. 
Bukan nak beralasan sangat memang inila realitinya. 


Tengok rakan2 blogger join dapat ramai kenalan, dapat menang hadiah best2. Ermmm seronok je..


Jangan label blog lya sombong.
Please!!!!


Dalam hati teringin sangat nak join. Dapat join satu dua segmen je setakat ni.


Wassalam

Terima Kasih

Part 1: Memotong Kain

Asha Lya | November 19, 2014 | 21Komen | >
Assalamualaikum



Duduk kat kg ni bukan sesaja, ada benda baru yang lya belajar.
Hahhh
Bab mengukur dan memotong kain lya masih proses belajar. Kalau bab menjahit tu boleh la.






Tugasan pertama kena ukur badan dan memotong kain. Kita tengok apa kejadiannya nanti hihi. Ini stail baju kurung moden.



Wassalam

Terima Kasih

Segmen Blogwalking by DJH

Asha Lya | November 18, 2014 | 24Komen | >
Assalamualaikum


Jom blogwalking




Wassalam

Terima Kasih

Pantai Kg.Posok

Asha Lya | November 18, 2014 | 20Komen | >
Assalamualaikum



Seminggu dua ni Lya tinggal di kg kat Semporna, tukar2 angin sekejapan. Sabtu lepas en.suami bawa ronda2 sekitar kawasan Semporna.


Daerah ni terletak berdekatan laut. Sempat pergi lihat keindahan pantai di kg.posok sebelum matahari terbenam (namanya agak pelik, tapi memang benaran).




Terdapat beberapa buah pulau disekitarnya





Rumah penduduk sekitarnya, diorang memang tinggal di laut.




Pondok2 tempat orang memancing



Alhamdulillah setakat ni kawasan perairan Semporna dan sekitarnya masih dikawal. Sebenarnya seronok dapat tengok kg orang, cara kehidupan mereka sangat berbeza.



Wassalam

Terima Kasih

Popia Tweesties

Asha Lya | November 17, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum
 
 

Krup krap krup krap
Popia tweesties homemade. 
Buat kudapan ermmm dappnya hhihi.
Percubaan pertama kali menjadi juga.
Rasanya ala2 keropok tweesties gitu.

 
 
 
 
Boleh buat kerepek tambaham time raya nanti :))



Wassalam

Terima Kasih

Day 13: Something Old

Asha Lya | November 16, 2014 | 16Komen | >
 Assalmualaikum
 
 
Selamat berhujung minggu, 2 hari x sempat nak update blog. Maaf mana yang tak sempat blogwalking lagi.



Leptop!!!!
Dekat 5 tahun suda leptop ni berbakti dengan Lya, kira tua la kan kan. Setakat ni tak ada lagi masalahnya. Alhamdulilah
 
 
 

Inila dia kesayanganku
Wassalam

Terima Kasih

Nak Ke Mana????

Asha Lya | November 14, 2014 | 15Komen | >
 
Assalamualaikum
 

Ehh nak ke mana dengan bagasi ni???

 



Jangan salah faham ehh, kita bukan lari
dari umah la. Kitaorang nak balik kampung ja. Lya malas nak guna beg kecil, kalau beg besar senang sumbat segala macam. Hhahaha ok bye, jom balik.



Wassalan
 

Terima Kasih

Air Kelapa Fresh

Asha Lya | November 14, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum
 
 
 
Salam Jumaat semua.
Pepagi layan air kelapa fresh. Di petik dari pokok.
Salah satu minuman kegemaran Lya.
 Buat pudding pun sedappp.

 
 
 
Isinya yang padat..Layannnn
 


Wassalam

Terima Kasih

Menu Simple Sambal udang, Ikan Masak Asam Dan Sayur Pucuk Paku

Asha Lya | November 13, 2014 | 11Komen | >
 Assalamulaikum
 
 

Masakan kampung mudah dan pastinya sedap (angkat bakul pikul sendiri hhaha). 
En.Suami kata sedapp ehhh, yang penting air tangan isteri yang masak kan. 
Mana ada tandingan chehhh :)..
 
 
 


 
 
 
Sambal Udang
Ikan masak asam 
Sayur pucuk paku masak belacan
 
 

Masak skit ja, nanti masak banyak2 tak ada yang makan. 
Kan tinggal berdua ja hhehe. 
Ok la bye
  

 
Wassalam

Terima Kasih

Kediaman Sementara

Asha Lya | November 13, 2014 | 18Komen | >
 Assalamualaikum
 
 

Dapat memiliki kediaman (rumah sendiri) adalah menjadi impian semua orang. Tak kurang juga bagi Lya dan suami. Tak kirala kecil atau besar yang penting ada tempat berlindung.


Buat sementara waktu ni kami hanya menetap di kuartes tempat keja en.Suami, syukurla ada juga tempat berlindung dari panas dan hujan kan.

 
 

 Ruang tamu deko simple



  2 Buah Bilik


Insyallah ada rezki memang nak buat juga kediaman sendiri di Kampung. 


Wassalam

Terima Kasih

Day 11: Smile

Asha Lya | November 12, 2014 | 15Komen | >
Assalamualaikum



Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Hhaha cabaran ni dah terlangkah selangkah hhaha. Boleh plak kesilapan teknikal. Tak apa tetap diteruskan.



Cabaran me 11, Ok senyumla, Lya kalau senyum macam ni la jarang sekali gigi kelihatan. Dah terbiasa dan jadi kebiasaan hihihi.




Senyum tak perlu nak kata apa2


Wassalam

Terima Kasih

Kacang Kuda

Asha Lya | November 12, 2014 | 19Komen | >
Assalamualaikum



Pernah rasa tak sejenis kacang dinamakan kacang kuda. Rasanya lemak2, kacang kegemaran en.suami.






 Selalu beli kat pasar yang dah di masak. Kali ni lya buat sendiri. Mudah ja, cuma rendam kacang 2 malam supaya lembut dan kulitnya tanggal (airnya kna tukar2 selalu kalau tak busuk). Kemudian rebus sampai empuk, campur sedikit garam + gula. Begitu saja, kalau buat sendiri lagi banyak hasilnya. Ok daa



Wassalam

Terima Kasih

Day 12: Something Red

Asha Lya | November 11, 2014 | 21Komen | >
 Assalamualaikum


Next cabaran ke 12 diteruskan,
Seingat Lya memang diakui jarang sekali miliki barang yang berwarna merah.

Tapi secara kebetulan masa Lya beli smarkfon (smart la sangat kan, ala biasa2 ja janji boleh call, SMS, blogging haruss). Tu penjual bagi sekali casing free katanya. So ambik la benda free kan, merah pun merah la janji hf ku berbaju kihkihkih). Maka inila dia
 

 


Ok la fine daripada tak ada kan, alhamdulillah.



Wassalam
 

Terima Kasih

Bila Dah Pegang Jawatan Sebagai Surirumahtangga

Asha Lya | November 11, 2014 | 22Komen | >
Assalamualaikum



Di akui jawatan sebagai surirumahtangga ni bukannya kerja mudah di pikul. 
Besar tanggungjawabnya terhadap keluarga. 


Dunia baru permulaan buat lya kalau sebelum ni sebagai pekerja. 
En.suami tak larang juga kalau lya bekerja, tapi biarla buat masa ni lya biasakan diri dulu urus segala keperluan buat suami. 
Kan itu juga satu pahala buat seorang isteri. Insyallah.


 


Next ada agenda penting yang en.suami dah rancang untuk lya. Tunggu hhehe.



Wassalam

Terima Kasih

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Asha Lya | November 11, 2014 | 21Komen | >


Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

( Saya amat memerlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini
kerana kedudukan kawasan tempat Lya tinggal sekarang ini amat berdekatan dengan kawasan bersemak (kebun kecil yang tidak di usahakan oleh pemiliknya).


Makanya tak dinafikan nyamuk memang berleluasa kat sini, paling risau adanya kehadiran nyamuk aedes. Nak buat aktiviti luar rumah memang agak terhad seperti berkebun, bersenam dan sebagainya. Tiap malam memang kena sembur racun serangga kalau tak habisla jadi mangsa gigitan nyamuk yang sangat berbisa kekadang boleh bengkak jadinya. 


Dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk tak perlu risau lagi. Biar berada di dalam atau di luar rumah. Yang pasti keluarga sihat semuanya selamat )



" Bersama Perangi Denggi "



Keadaan kebun bersemak (berhampiran kediaman Lya).




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Terima Kasih

Day 10: Screen Shoot

Asha Lya | November 10, 2014 | 11Komen | >
 Assalamulaikum
 
 
Betapa lamanya tak buat entri cabaran ni. Ohmayyy, kita sambung cabaran ke 10..


Ok serius Lya sebenarnya tak tahu macam mana nak screenshot kat hf ni selepas terbaca entri dari Pn.Ezy cara nak screenshoot kat hf cuma tekan button on/off dan zoom secara serentak so jadila.
owhh begitu kacang goreng plak. Maka dengan gigihnya Lya pi buat..nahh ini la hasilnya hhahaha..
 
  Akhirnya menjadi semalam punya screenshoot hari ni baru terupdate :))

 


Dapat ilmu baru



Wassalam

Terima Kasih

Resepi Butter Prawn

Asha Lya | November 10, 2014 | 14Komen | >
Assalamualaikum


Harap korang tak muak baca entri lya berkaitan resepi hhehe. Dah jadi surirumah kenala pelbagaikn jenis masakan kan kan tak gitu hhehe.


Kali ni lya cuba memasak udang masak butter. Resepi Google ja hhehe. Cuma ubah2 skit. Ikut selera.





Bahan2:


Udang fresh, tepung magic, butter, telur,serbuk lada hitam, bawang putih, cili merah, serai (kasi Wangi)


Cara memasaknya:


Gaul udang dengan sedikit serbuk lada Hiram dan tepung magic kemudian goreng. Biarkan seketika.


Telur ambik kuningnya shj pukul macam buat telur dadar.


Panaskan butter, tuang telur tadi di kuali setinggi yang boleh dan gaul2. Masukkan hirisan bawang Putin + serai (nak guna daun kari pun boleh). Biarkan garing skit baru tuang keatas udang yang suda di goreng tadi. Siappp



Mudah ja memasak ni kan, cuma perlu da tahap kerajinan yang tinggi hhehe. Ok byee




Wassalam

Terima Kasih

Asha Lya Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign